Selasa, 03 Desember 2013

Tips Menikah di Waktu Kuliah: Mengurus Masa dan Tanggungjawab (Nikah ketika berumur 20 tahun)

 Sebagai seorang bapa, suami, pelajar, aktivis kumpulan dakwah, anak dan menantu ketika masih menuntut di UTP dahulu, saya perlu memastikan masa saya digunakan secara efisyen. Dan salah satu aktiviti yang perlu saya selitkan ialah aktiviti mencari nafkah.

Saya membahagikan kerja mencari nafkah ini melalui kerja harian, kerja mingguan, kerja bulanan dan kerja sampingan.

Kerja harian saya ialah membuat hotdog. Dalam sehari saya membuat sekitar 60 ke 100 bungkus. Masa yang diperlukan hanyalah 1 jam sehari. Saya akan menyerahkan kepada runner untuk menjualnya di malam hari. Keuntungan per hari sekitar RM 30-RM 50. Saya buat hot dog 4 hari seminggu. Purata saya dapat RM 160 seminggu, atau RM 640 sebulan.

Kerja mingguan pula adalah membuat dadih. Saya akan membuat lebih kurang 200 biji dadih dan diletakkan di dalam peti ais di rumah rakan rakan di UTP dan meletakkan bekas duit untuk orang membayarnya. Masa untuk membuatnya lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Seminggu sekali, saya akan mengutip wang dari bekas dan memasukkan dadih yang baru. Pendapatan per minggu RM 100 atau RM 400 sebulan.

Kerja bulanan pula adalah re-pack kerepek ubi. Saya akan mendapatkan kerepek yang dibungkus per 5 kg, dan membungkusnya semula per 100gm. Sebulan sekali saya akan re-pack kerepek ubi, 25 kg. Masa yang diperlukan hanyalah 2 jam sahaja. Saya meletakkan kerepek ubi yang dibungkus semula ini di hostel hostel dan meletakkan bekas duit bersamanya. Sebulan sekali saya akan kutip wang dan menggantikan dengan kerepek yang baru. Pendapatan per bulan lebih kurang RM 250.

Kerja sampingan pula ialah membuat proofread buku untuk diterbitkan. 1 bulan 1 buku, 200-300 mukasurat. 1 jam saya boleh selesaikan lebih kurang 50 mukasurat. So, dalam 4-6 jam sahaja sebulan. Bolehlah dapat sekitar RM 500 per buku.

So, total lebih kurang 40 jam sahaja sebulan, dapat lebih kurang RM 1700. Ok lah untuk menampung isteri dan seorang anak. Ada lebihan lagi untuk saya berikan kepada ibu di kampung (supaya mereka gembira dan tidak risau). Lahir anak kedua saya sudah meniaga buku. Pendapatannya berkali gandalah tapi itu cerita lain.

So, anak muda. Anda sudah dapat idea? Mahu menikah ketika kuliah? Hehe.

Wallahua'lam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar