Selasa, 30 Oktober 2012

suami impianku

  ya Alloh, berikanlah aku suami dengan akhlak seperti ini ya. aku juga akan selalu belajar untuk mencapai akhlak seperti ini. agar keinginanku ini berimbang dengan diriku. agar aku pantas bersanding dengan keinginanku
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
 intinya suami yg aku idamakan ialah suami yg mampu membimbing dan mengarahkan anak dan isterinya ke jalan yg lebih baik...

Tidak menyakiti dengan lisan maupun fisik kepada Isterinya..
Bila suatu saat aku berbuat salah, ia akan dengan tenang mengingatkannya..
Mengayomi dan membina keluarga dengan penuh cinta.. Dan merindukan tuk berkumpul kembali bersama isteri dan anak-anaknya di akhirat nanti..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar