Sabtu, 26 Januari 2013

## TAKUT PADA ALLAH ##




Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Diceritakan :

Ada lelaki jatuh hati kepada
seorang wanita. Ketika wanita
itu keluar untuk satu
keperluannya, maka pergilah
lelaki itu bersamanya.
Sesampai di kampung yang
sunyi ketika orang-orang
sudah tidur. Lelaki itu
menyampaikan maksud
hatinya. Si wanita itu pun
menyahut, “Lihatlah apakah
orang-orang telah tidur
semuanya?”


Dengan demikian
lelaki itu mengira bahawa
maksud hatinya hendak
dikabulkan. Dia mengelilingi
kawasan itu dan melihat-lihat
sejenak. Setelah jelas orang-
orang telah tidur, segera dia
menghampiri wanita seraya
berkata, “Benar semua orang
telah tidur.”
Lalu wanita itu bertanya,
“Bagaimanakah pendapatmu
tentang Allah? Apakah saat ini
Dia juga tidur?” Lelaki
tersebut menjawab,
“Sesungguhnya Allah tidak
pernah tidur.” Wanita itu lalu
berkata lagi, “Sesungguhnya
Zat yang tidak pernah tidur
akan melihat kita meskipun
manusia sedang tidur lelap
tidak melihat kita. Oleh
kerananya Dia lebih berhak
kita takuti.” Dengan segera
lelaki itu meninggalkan
perempuan itu kerana dia
takut pada Allah. Dia pulang
ke rumahnya dan bertaubat.
Setelah dia meninggal dunia,
ada seorang bermimpi
bertemu dengannya. Lalu
ditanya, “Apakah yang
dilakukan Allah olehmu?”
Lelaki itu menjawab, “Allah
telah mengampuniku kerana
ketakutanku dan
meninggalkan dosa itu.”

Penenang Jiwa
Imam Al-Ghazali

Tidak ada komentar:

Posting Komentar