Selasa, 12 Februari 2013

Tiga pemilik mata yang hebat...


Tiga pemilik mata yang hebat...

Nabi S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya :

"Setiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah."

(Hadis Riwayat Abu Naim)


Berdasarkan kepada maksud hadis di atas bahawa ada 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T di hari Akhirat ketika mana kebanyakan mata akan menangis kerana penyesalan :

1. Mata yang dijauhkan daripada segala pandangan yang haram.

2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.

3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sedikit kerana takutkan Allah.

Mari bersama mendidik mata kita...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar